logoJKSMUA-c6a31604
Logout

Logo

logoJKSMUA-c6a31604
Logo JALUMA adalah simbolik kepada bentuk “Pusaran”. Rekabentuknya melambangkan unsur dan sifat JALUMA yang komited terhadap pembangunan bakat Universiti Awam yang mengikut keperluan semasa.  

Jalur 8 Pusaran
adalah sinergi 8 nilai teras pembangunan bakat dan JALUMA komited melaksanakan agenda Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia agar dapat melahirkan staf yang kompeten, berdaya maju dan berprestasi tinggi yang dipacu oleh nilai dan teras Pendidikan Tinggi.

Manakala titik ditengah pusaran
pula menggambarkan kesepakatan gabungan universiti-universiti awam dalam pembangunan bakat staf.  

Simiteri pusaran
yang sama menunjukkan pembangunan diri staf yang seimbang, holistik dan dinamik.

Jalur – jalur putih
pada logo berkenaan pula melambangkan tiap-tiap aktiviti latihan dan pembangunan bakat yang telah dirancang secara sistematik.  Warna biru melambangkan JALUMA merupakan badan yang harmoni, berwibawa dan berdaya saing.

Logo ini didokong oleh falsafah JALUMA yang berfokuskan kepada aspek teras:-

  • Pembangunan Bakat berprestasi Tinggi
  • Perkongsian Pintar dan jaringan Kerjasama
  • Kesinambungan kepimpinan berterusan
8 Jalur Putaran Mewakili 8 Teras
  • KEPIMPINAN
    Keupayaan untuk memberi inpsirasi kepada pasukan dan pihak berkepentingan kearah mendapatkan hasil yang dikehendaki dan mengekalkan hubungan yang berkesan dengan individu dan pasukan secara keseluruhan
  • PEMBANGUNAN PROFESIONAL
    Komited dalam membangunkan pengetahuan professional dan kemahiran secara berterusan dan memastikan konsep/elemen/amalan/teknik baharu sumber manusia
  • KEUPAYAAN STRATEGIK
    Penglibatan dan sumbangan kepada pembangunan strategi. Membangun dan melaksana strategi sumber manusia untuk menyokong pencapaian halatuju organisasi
  • PENYAMPAIAN PERKHIDMATAN
    Menjangka keperluan dan perkhidmatan yang bersesuaian, menyampaikan perkhidmatan dengan cekap dan berkesan dengan kos yang optimum dan berfokus pelanggan. Memperkasakan pengurus peringkat pelaksanaan untuk membuat keputusan sumber manusia
  • MENGURUS SUMBER
    Keupayaan untuk mengurus dan membangunkan sumber manusia serta mendapat kerjasama pasukan
  • KERJA BERPASUKAN
    Keupayaan untuk bekerjsama dengan pasukan melalui peranan yang dimainkan ahli pasukan kearah pencapaian halatuju organisasi
  • KREATIVITI DAN INOVASI
    Keupayaan untuk menjana konsep dan idea baharu kearah peningkatan kualiti penyampaian perkhidmatan
  • MEMBUAT KEPUTUSAN
    Keupayaan untuk membuat keputusan untuk menangani permasalahan dan isu secara berkesan berdasarkan analisis